SACC Mall Shah Alam telah diiktiraf sebagai Zon Perdagangan Terpilih (ZPT).

Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) adalah sistem penarafan yang diwujudkan oleh KPDNHEP bagi memberi pengiktirafan kepada kompleks perniagaan yang menjalankan perniagaan secara beretika selaras dengan akta dan peraturan yang dikuat kuasakan oleh kementerian.

Bagi Zon Tengah yang merangkumi W.P Kuala Lumpur, Selangor dan W.P Putrajaya, hanya 7 buah kompleks didapati layak untuk diberi penarafan selepas mencapai tahap pematuhan dan perniagaan beretika yang ditetapkan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.