Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini jadi lebih meriah dengan RIUH MERDEKA 2.0 — ROCKDEKA yang bakal berlangsung di Atrium, SACC Mall Shah Alam! Acara unik ini menggabungkan semangat kecergasan dengan vibe konsert rock — pastinya pengalaman yang tak boleh dilepaskan.
Apa yang menjadikannya istimewa? Kali ini sesi workout akan diiringi alunan live drum oleh @alhafizsmurf yang membawakan rentak bertenaga untuk mencetuskan adrenalin dan semangat merdeka dalam suasana penuh gaya.
? 23 Ogos 2025 (Sabtu)
? 10.30 pagi
? Atrium, SACC Mall Shah Alam

Peserta digalakkan hadir dengan tema warna Jalur Gemilang serta gaya rockstar — dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik bagi penampilan Best Rockstar Merdeka Look!
Bersedia untuk:
? Rentak drum yang menggegarkan
? Aura rockstar penuh tenaga
? Semangat merdeka yang luar biasa
Datang beramai-ramai dan rasai sendiri gabungan kecergasan, muzik dan patriotisme dalam satu acara yang menggegarkan hanya di SACC Mall.