SACC GROCER BY SK MART TAWAR HARGA BERPATUTAN

SACC GROCER BY SK MART TAWAR HARGA BERPATUTAN

SHAH ALAM – Pembukaan outlet ‘SACC Grocer by SKM’ dengan kerjasama dari PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di SACC Mall Shah Alam menawarkan harga yang amat berpatutan kepada warga Shah Alam khususnya bagi mendapatkan keperluan harian iaitu barangan basah dan mentah serta barang-barang runcit yang lain sejak pembukaanya pada 9 Julai yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr. Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pembukaan pasar raya seluas 10,600 kaki persegi yang terletak di aras bawah SACC Mall Shah Alam ini menggantikan pasar raya Giant dahulu yang akan menarik lebih ramai pengunjung ke pusat membeli-belah milik PREC selain membantu merancakkan perkembangan ekonomi di bandar Shah Alam dan Selangor secara menyeluruh.

Pengurus ‘SACC Grocer by SKM’, Azari Alias berkata mereka sentiasa menawarkan barang mentah yang dijamin segar setiap hari seperti 1kg ayam segar RM6.99, sebiji lemon RM1.00, seekor ikan siakap RM6.99, seekor ikan bawal emas RM5.99, 1kg sotong putih RM12.90 dan sekeping daging lembu RM18.50 dan beberapa barang lain”.

“Promosi barang segar dan barang runcit terpilih ini akan berlangsung dari 23 Julai hingga 5 Ogos dengan perbandingan harga yang kompetitif dengan pasar raya luar sebanyak RM1 selain memberi peluang kepada pembeli menikmati penjimatan yang berbaloi ini,” tambah Azari.

Waktu operasi ‘SACC Grocer by SKM’ bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam dan majlis pelancaran secara rasmi dijangka akan berlangsung pada bulan September dengan tawaran promosi yang lebih mengujakan.

SKM yang dimiliki oleh SK Market juga mempunyai 3 pasar raya di cawangan lain iaitu di One City USJ Subang, Cheras dan Balakong.

Maklumat lanjut tentang PREC, sila layari laman sesawang kami www.prec.com.  “Like” laman sosial Facebook (PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC) dan “Follow” Instagram (@pknsrealestateofficial)