CIPTA REKOD KEBANGSAAN PERSEMBAHAN UKULELE TERAMAI MALAYSIA DI PUSAT BELI BELAH SACC MALL, SHAH ALAM ‼️

PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC) dan Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) bekerjasama menganjurkan Festival Hari Kanak-kanak Sedunia 2023 di SACC Mall, Shah Alam yang telah berlangsung pada 18 dan 19 November 2023.

Festival ini turut melakar sejarah tersendiri dengan mencipta rekod baharu bagi persembahan ukulele teramai di Malaysia dengan rekod rasmi yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dengan bilangan sebanyak 710 pemain ukulele yang membuat persembahan secara serentak dan uniknya rekod ini dilakar di pusat beli belah SACC Mall dengan turut mengangkat tema lagu klasik kanak-kanak Malaysia dalam persembahan tersebut.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Sr. Haji Fakru Radzi Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd. dan Prof. Madya Dr. Nurul Aliah Mustafa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bersama Prof. Madya Dr. Harris Shah Abd Hamid, Dekan FPPK.

Tahniah diucapkan kepada sekretariat penganjuran daripada UCMI dan PREC diatas penganjuran majlis yang telah melakar sejarah baharu buat PREC & UCMI yang turut melibatkan kerjasama rakan industri.

#saccmall #PKNSRealEstate #PREC #UCMI #MAIWP #HariKanakKanakSedunia #MalaysiaBookOfRecord