SK 9.6.2016

Festival Ramadan Selangor 2016 (FESTIRA’16) berlangsung serentak di tiga bangunan di bawah PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) iaitu SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi bermula 27 Mei sehingga 5 Julai 2016. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti edaran bubur lambuk percuma, aktiviti pentas, jualan makanan dan pakaian serta banyak lagi.